Pertandingan Esei MyHero
Pertandingan ini julung kali diadakan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar. Pelajar-pelajar digalakkan untuk menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Kisah Penerima Anugerah MyHero.
Tajuk
Tajuk adalah bebas bergantung kepada persepsi peserta terhadap artikel pemenang Anugerah MyHero.
Kategori
Pelajar yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun. Panjang esei tidak melebihi 300 patah perkataan dan jumlah perkataan mestilah dinyatakan dengan tepat pada penghujung bawah sebelah kanan esei.
Syarat Pertandingan
- Setiap esei hendaklah merupakan hasil penulisan asli, idea sendiri dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan bercetak.
- Penyertaan adalah berbentuk esei dan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu.
- etiap peserta dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
- Peserta perlu menyerahkan manuskrip asal dan tiga (3) set salinan iaitu sejumlah empat (4) set perlu diserahkan.
- Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis.
- Pihak KLSCCCI berhak menggunakan esei berkenaan untuk promosi, pameran, penerbitan atau apa-apa tujuan lain tanpa apa-apa bayaran kepada peserta yang memenangi pertandingan ini.
- Semua penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kesilapan hantar atau kehilangan penyertaan. Bukti penyerahan atau pengeposan tidak diterima sebagai bukti penyertaan.
- Keputusan panel pengadil adalah muktamad.
- Tarikh tutup penyertaan adalah 22-11-2019.
- Penganjur berhak untuk menukar peraturan, hadiah atau syarat lain pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Penyertaan
1. Butiran yang dikehendaki disertakan dalam penyertaan adalah:
(i) Nama Penuh
(ii) Alamat
(iii) Umur
(iv) Emel
(v) Nombor Telefon
(vi) Nama Sekolah dan Kelas
2. Semua penyertaan mestilah menggunakan pen biru atau hitam, ataupun melalui cetakan komputer dengan saiz font 12.
3. Esei boleh dihantar secara individu ataupun melalui sekolah ke:
KLSCCCI, 7th Floor, Wisma Chinese Chamber, 258, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Hadiah:
Hadiah Utama (3) :
Piala, Sijil dan Baucar bernilai RM100
Hadiah Saguhati (10) :
Piala, Sijil dan Baucar bernilai RM50
